awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia akan mempunyai 299 lapangan terbang menjelang 2019

Bernama
Bernama
05/04/2014
13:47 MYT
Indonesia akan mempunyai 299 lapangan terbang menjelang 2019
Indonesia akan mempunyai 299 lapangan terbang di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Bambang Susantono sambil menambah 62 lapangan terbang baharu kini sedang dilaksanakan.
"Lapangan terbang itu tidak semuanya sebesar lapangan terbang di bandar-bandar utama tetapi ia penting untuk meningkatkan akses di negara kita," kata Bambang seperti dilaporkan Tribunnews.com, pada Jumaat.
Bambang berkata kebanyakan lapangan terbang baharu akan dibina di bahagian timur Indonesia.
"Lapangan terbang adalah cara yang paling berkesan untuk membantu mengangkut manusia dan barangan ke tempat-tempat seperti bahagian timur Indonesia yang mempunyai topografi mencabar," katanya.
Pada masa ini, Indonesia mempunyai 237 lapangan terbang, 16 daripadanya adalah lapangan terbang komersial di bandar-bandar besar yang diuruskan pengendali lapangan terbang negara, PT Angkasa Pura I dan PT Angkasa Pura II.
Lapangan terbang lain berada di bawah Unit Pengurusan Teknikal Kementerian Pengangkutan (UPT).
Topic Berkaitan
#Indonesia
#lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan