awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pegawai Oman gesa sekatan terhadap produk AS
Anggota udara AS yang hilang ditemui, operasi menyelamat masih berlangsung
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia akan ratifikasi RCEP pada suku pertama 2022

Bernama
Bernama
31/12/2021
20:41 MYT
Indonesia akan ratifikasi RCEP pada suku pertama 2022
Suruhanjaya parlimen Indonesia baru sahaja memuktamadkan perbahasan mengenai ratifikasi perjanjian RCEP. -REUTERS
JAKARTA: Indonesia berharap untuk meratifikasi perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang suku pertama tahun 2022, kata Menteri Penyelaras untuk Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto.
Suruhanjaya parlimen Indonesia baru sahaja memuktamadkan perbahasan mengenai ratifikasi perjanjian RCEP.
"Ia kemudiannya akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan untuk melengkapkan proses dan memastikan pelaksanaan perjanjian yang cekap," katanya pada taklimat mengenai RCEP yang diadakan secara maya.
Memandangkan perjanjian itu berkuat kuasa pada 1 Januari, 2022, Indonesia, Malaysia dan beberapa negara lain sedang memuktamadkan langkah-langkah dan pengaturan institusi.
Negara lain yang mengambil bahagian ialah Australia, Brunei, Kemboja, China, Jepun, Korea Selatan, Laos, Myanmar, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Perjanjian perdagangan itu menghapuskan tarif ke atas 91 peratus barangan dan menyegerakkan peraturan biasa mengenai pelaburan, harta intelek dan e-dagang.
Penandatangan RCEP membentuk 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dan 30 peratus daripada populasi dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RCEP
#perdagangan bebas
#Indonesia
#Airlangga Hartarto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan