awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Serangan Israel di Semenanjung Gaza ragut nyawa 21,000 kanak-kanak Palestin, 44,000 cedera
Kemudahan Internet dan fasiliti NADI boleh digunakan untuk BDR - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
05/04/2026
03:30 MYT
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
Media Iran memetik kenyataan Zeinab, anak perempuan Allahyarham Soleimani, yang menegaskan bahawa kenyataan Jabatan Negara AS adalah palsu. - Foto fail/AP
KELUARGA Allahyarham Jeneral Qassem Soleimani menolak dakwaan bahawa mereka telah ditahan di Amerika Syarikat (AS).
Media Iran memetik kenyataan Zeinab, anak perempuan Soleimani, yang menegaskan bahawa kenyataan Jabatan Negara AS adalah palsu.
Beliau menjelaskan bahawa individu yang ditahan tiada kaitan dengan keluarga bekas komander pasukan Quds, cabang Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).
“Begitu hina dan lemah taktik AS dengan menyebarkan pembohongan terhadap tokoh besar seperti Haj Qassem, yang mereka gentar, serta berniat mengalih perhatian dunia daripada kekalahan mereka di hadapan rakyat Iran.
“Mereka tidak mampu menghadapi rakyat Iran,” kata Zeinab melalui kenyataan yang disiarkan di Telegram miliknya semalam.
Manakala seorang lagi anak Soleimani, Narjes, menegaskan tiada ahli keluarga terdekat Soleimani yang pernah tinggal di AS.
“Sehingga hari ini, tiada seorang pun ahli keluarga atau mana‑mana saudara Syahid Soleimani yang pernah tinggal di AS,” ujar Narjes.
Soleimani mempunyai lima anak yang masih menetap di Iran iaitu Zeinab, Narjes, Fatemeh, Mohammadreza dan Hossein yang aktif dalam advokasi menolak hegemoni AS.
Terdahulu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, mengumumkan bahawa dua ahli keluarga Soleimani ditahan selepas permit pemastautin mereka dibatalkan.
Menurut Rubio, penahanan itu melibatkan anak saudara dan cucu saudara perempuan Soleimani.
Untuk rekod, peranan Soleimani melalui pasukan Quds amat penting dalam usaha mengekang pengaruh ISIS semasa perang Syria antara 2011 hingga 2024.
Namun, pada 3 Januari 2020, beliau terkorban akibat serangan dron MQ-9 Reaper oleh AS di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad atas dakwaan merancang serangan terhadap aset ketenteraan AS di Iraq.
Topic Berkaitan
#Soleimani
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan