awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Israel di Semenanjung Gaza ragut nyawa 21,000 kanak-kanak Palestin, 44,000 cedera

Bernama
Bernama
05/04/2026
10:13 MYT
Serangan Israel di Semenanjung Gaza ragut nyawa 21,000 kanak-kanak Palestin, 44,000 cedera
Serangan berterusan di Gaza telah memusnahkan banyak keluarga, menyebabkan lebih 58,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu manakala ribuan lagi berisiko mengalami kecacatan kekal. -Gambar fail/AP
Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) mendedahkan statistik membimbangkan yang menunjukkan lebih 21,000 kanak-kanak Palestin terkorban dan lebih 44,000 lagi cedera sejak serangan Israel di Semenanjung Gaza bermula pada Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Sempena Hari Kanak-Kanak Palestin, laporan itu menekankan bahawa kanak-kanak berumur bawah 18 tahun membentuk 43 peratus daripada populasi -- kira-kira 2.47 juta orang -- yang berdepan cabaran kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, termasuk kekurangan zat makanan, pemindahan paksa serta kekangan akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Serangan berterusan di Gaza telah memusnahkan banyak keluarga, menyebabkan lebih 58,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu manakala ribuan lagi berisiko mengalami kecacatan kekal.
Kira-kira 4,000 kanak-kanak memerlukan pemindahan perubatan segera untuk terus hidup. Di Tebing Barat, 237 kanak-kanak terkorban sejak permulaan serangan itu, manakala lebih 1,600 kes penahanan kanak-kanak direkodkan.
Kemusnahan infrastruktur yang meluas telah menyebabkan ratusan ribu kanak-kanak kehilangan tempat tinggal dan tinggal di kem yang sesak atau tempat perlindungan sementara, dengan bom dari jenis Unexploded Ordnance menimbulkan ancaman tambahan.
Akses kepada makanan, air dan penjagaan kesihatan amat terhad, dengan ribuan kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan dan ratusan ribu lagi terjejas akibat penyakit bawaan air.
Pendidikan turut terjejas teruk apabila kira-kira 700,000 pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran formal susulan kerosakan atau kemusnahan sekolah, pemindahan paksa serta kematian atau kecederaan guru.
Kesan psikologi juga amat mendalam, dengan lebih satu juta kanak-kanak di Gaza memerlukan sokongan kesihatan mental segera.
Laporan PCBS menegaskan bahawa tanpa campur tangan segera, kesan jangka panjang akan menjejaskan seluruh generasi kanak-kanak Palestin.
-- BERNAMA-WAFA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Kanak-kanak
#kekurangan zat makanan
#mangsa serangan
#kesihatan mental
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan