awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selamba baling bata dari tingkat atas pangsapuri
Delegasi Iran bawa barangan peribadi korban kanak-kanak sekolah Minab ke Rundingan Islamabad
Bapa, anak cedera tercampak ke dalam longkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia hentikan sementara eksport arang batu

Bernama
Bernama
01/01/2022
20:29 MYT
Indonesia hentikan sementara eksport arang batu
Indonesia adalah pengeksport arang batu haba terbesar di dunia, mengeksport kira-kira 405 juta tan metrik pada tahun 2020. - Gambar hiasan
JAKARTA: Indonesia telah memutuskan untuk menghentikan sementara eksport arang batu pada Januari untuk memenuhi permintaan domestiknya, menurut Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral.
Ketua Pengarah (Mineral dan Arang Batu), Ridwan Jamaludin berkata ketersediaan arang batu untuk tenaga elektrik di Indonesia ketika ini sangat rendah dan boleh mengganggu bekalan elektrik negara itu.
Larangan yang berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Januari itu akan disemak semula berdasarkan stok sedia ada dan bekalan arang batu di syarikat utiliti negeri Perusahaan Listrik Negara (PT PLN) Kumpulan dan pengeluar tenaga bebas adalah kritikal ketika ini, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kementerian itu telah menetapkan dasar obligasi pasaran domestik mengenai pengeluaran arang batu, sebanyak 25 peratus daripada pengeluaran itu perlu dijual kepada PT PLN.
November lalu, PT PLN memberitahu parlimen bahawa penggunaan arang batu untuk penjanaan kuasa berkemungkinan meningkat kepada 119 juta tan pada 2022 daripada 115.6 juta tan tahun lepas.
Indonesia adalah pengeksport arang batu haba terbesar di dunia, mengeksport kira-kira 405 juta tan metrik pada tahun 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#arang batu
#bekalan elektrik
#henti sementara eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan