awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu

Bernama
Bernama
04/02/2026
03:15 MYT
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Airlangga Hartarto berkata Malaysia ketika ini mempunyai pengalaman industri yang lebih mantap, manakala pasaran bagi teknologi semikonduktor generasi akan datang masih terbuka dan menawarkan ruang untuk kerjasama. - Gambar fail
JAKARTA: Indonesia sedang mengintai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan industri semikonduktor generasi akan datang sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas yang melibatkan beberapa rakan strategik bagi memperkukuh keupayaan dalam teknologi cip yang baru muncul.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto berkata Malaysia ketika ini mempunyai pengalaman industri yang lebih mantap, manakala pasaran bagi teknologi semikonduktor generasi akan datang masih terbuka dan menawarkan ruang untuk kerjasama.
"Malaysia lebih maju dalam industri semikonduktor. Namun, bagi semikonduktor generasi baharu, pasaran ini masih terbuka," katanya pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia 2026 pada Selasa, menurut Agensi Berita ANTARA.
Airlangga berkata kerjasama dengan Malaysia dilihat relevan dalam landskap semikonduktor serantau, sementara Indonesia juga berhasrat memperkukuh kapasiti sumber manusia serta keupayaan perindustriannya sendiri.
Beliau berkata Indonesia berharap kerjasama dengan Malaysia dapat menggalakkan pemindahan pengetahuan, memperkukuh rantaian bekalan dan meningkatkan nilai tambah industri domestik.
Menurut beliau, kerjasama yang kini sedang dimulakan dengan rakan strategik meliputi pembangunan serentak ekosistem syarikat pemula, transformasi industri dan pembangunan cip.
Airlangga berkata pembangunan industri cip Indonesia pada masa hadapan akan memberi tumpuan kepada sektor automotif digital dan elektronik, sambil menegaskan bahawa kerjasama serantau kekal penting dalam menangani persaingan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Indonesia
#perkongsian teknologi
#semikonduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan