awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia, Malaysia dan Thailand laksana projek infrastruktur US$39 bilion

Khalis Khadir
Khalis Khadir
27/05/2025
11:03 MYT
Indonesia, Malaysia dan Thailand laksana projek infrastruktur US$39 bilion
Anwar berkata, ia tertumpu dalam aspek transformasi ekonomi, pelancongan, pertanian, sektor halal serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
KUALA LUMPUR: Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–Thailand (IMT-GT) menyokong projek infrastruktur fizikal ekonomi bernilai hampir US$39 bilion merangkumi ketiga-tiga negara berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia tertumpu dalam aspek transformasi ekonomi, pelancongan, pertanian, sektor halal serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“Terima kasih kepada Thailand kerana melaksanakan pelan tindakan dengan cepat. Beberapa projek di sempadan termasuk laluan ke Rantau Panjang dan jambatan sempadan Sungai Golok berjalan dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Rangka Kerjasama IMT-GT mengenai Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), di sini, pada Selasa.
Anwar berkata, selain pembangunan ekonomi, isu perubahan iklim yang memberi kesan kepada kehidupan dan pendapatan rakyat juga menjadi keutamaan dalam agenda kerjasama IMT-GT.
“Saya ucapkan terima kasih kepada menteri-menteri yang terlibat kerana buat persiapan rapi untuk sesi ini,” katanya.
Dalam ucapannya, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Masato Kanda yang baru dilantik sebagai Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Februari lalu.
Anwar yakin kepimpinan baharu itu mampu meningkatkan sokongan terhadap pelaksanaan kerjasama IMT-GT.
Beliau turut berharap agenda yang dirangka dapat diterima semua pihak demi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
Pada majlis itu, enteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, turut membuat pembentangan bertajuk “Memperkukuh Kerjasama Sub-Rantau bagi Menangani Cabaran Global”.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#ASEAN 2025
#Indonesia
#Thailand
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan