awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia sekat aplikasi e-dagang Temu kerana pelanggaran peraturan

Bernama
Bernama
15/10/2024
15:03 MYT
Indonesia sekat aplikasi e-dagang Temu kerana pelanggaran peraturan
Temu tidak berdaftar sebagai Operator Sistem Elektronik (ESO) di Indonesia, bermakna ia beroperasi secara haram dan gagal mematuhi peraturan percukaian.
JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia telah menyekat aplikasi Temu dengan alasan ketidakpatuhan peraturan, bertujuan melindungi perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) serta pengguna.
Jurucakap Prabunindya Revta Revolusi menjelaskan bahawa Temu - sebuah pasaran dalam talian dari China yang menghubungkan produk secara langsung dari kilang kepada pengguna - telah menimbulkan kebimbangan mengenai potensi penetapan harga pemangsa dan lambakan harga.
"Jika produk asing memasuki pasaran pada harga yang jauh lebih rendah berbanding produk PMKS, pengguna pasti akan memilih pilihan yang lebih murah, menjadikan sukar untuk PMKS kita bersaing," menurut Prabunindya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa Temu tidak berdaftar sebagai Operator Sistem Elektronik (ESO) di Indonesia, bermakna ia beroperasi secara haram dan gagal mematuhi peraturan percukaian.
"Proses pendaftaran ESO dianggap mudah. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada petunjuk daripada TEMU bahawa ia berhasrat untuk mematuhi peraturan itu."
Prabunindya turut menyuarakan kebimbangan mengenai perlindungan pengguna, dengan menyatakan bahawa produk yang dijual melalui TEMU dianggap tidak mempunyai jaminan kualiti, kerana tidak mematuhi piawaian kawal selia yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#aplikasi e-dagang
#temu
#langgar peraturan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan