awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia siapkan satu lagi hospital sementara, kes kematian akibat COVID-19 kini 157

Bernama
Bernama
01/04/2020
09:49 MYT
Indonesia siapkan satu lagi hospital sementara, kes kematian akibat COVID-19 kini 157
Lebih 600,000 warga Indonesia berisiko positif virus itu, yang kini telah tersebar hampir di semua wilayah di republik itu.
Indonesia membangunkan sebuah lagi hospital sementara khusus untuk pesakit COVID-19, yang berjaya disiapkan hari ini (Rabu, 1 April) dan dijadual beroperasi Isnin depan, bagi menghadapi sebarang kemungkinan buruk terhadap pertambahan jumlah pesakit virus itu.
Rumah Sakit Darurat COVID-19 Pulau Galang di Kepulauan Riau itu, yang pembinaannya bermula 25 Mac lepas berjaya disiapkan dalam tempoh lapan hari, berkeupayaan menampung 1,000 pesakit.
Sebelum ini pada 23 Mac lepas, pemerintah menjadikan Wisma Atlet Kemayoran di Jakarta, yang pernah menjadi Perkampungan Sukan Asia 2018, sebagai hospital sementara dan dapat menampung 2,400 pesakit.
Mengikut portal rasmi Presiden Indonesia www.youtube.com/sekretariatpresiden, Presiden Joko Widodo (Jokowi) hari ini berlepas ke Pulau Batam, di Kepulauan Riau, bagi meninjau persiapan pengoperasian hospital sementara itu, yang terletak kira-kira 60km dari Kota Batam.
"Kami rencanakan dan siapkan (hospital itu), tapi kami berharap tidak digunakan (tidak berlaku pertambahan jumlah pesakit COVID-19)," kata Jokowi.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto sebelum ini menyatakan lebih 600,000 warga Indonesia berisiko positif virus itu, yang kini telah tersebar hampir di semua wilayah di negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu.
Dalam sidang akhbarnya hari ini, Achmad Yurianto berkata sebanyak 21 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini) dengan jumlah kumulatif kematian terkini 157 kes, manakala jumlah kes positif baharu bertambah 149, menjadikan jumlah kumulatif kes positif 1,677 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#hospital sementara
#Indonesia
#kesihatan
#koronavirus
#pesakit
#pulau galang
#Riau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan