awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran beri komitmen penuh rundingan nuklear di Vienna

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2021
23:25 MYT
Iran beri komitmen penuh rundingan nuklear di Vienna
Iran sedia beri komitmen penuh terhadap rundingan nuklear tidak langsung yang dijadual berlangsung di Vienna pada Selasa.
TEHRAN: Iran sedia beri komitmen penuh terhadap rundingan nuklear tidak langsung yang dijadual berlangsung di Vienna pada Selasa.
Menurut Menteri Luarnya, ini termasuk kesediaan mematuhi keperluan sampingan bagi membuka jalan supaya semua sekatan ke atasnya dibatalkan.
Pertemuan di Vienna bakal melibatkan Iran, empat anggota tetap Majlis Keselamatan serta Jerman.
Ini sebahagian usaha untuk menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015.
Amerika Syarikat dan Iran sebelum ini sahkan akan mula rundingan tidak langsung bagi tujuan itu.
Pengumuman ini merupakan langkah pertama bagi proses pematuhan semula kepada Perjanjian Nuklear 2015.
Perjanjian itu antara keutamaan Presiden Joe Biden selepas mengemudi pentadbiran White House.
Bagaimanapun, wujud perbezaan pendapat antara Amerika Syarikat dan Iran.
Ini termasuk desakan Iran supaya Amerika Syarikat menarik balik semua sekatan sebelum ia memenuhi kewajipannya terhadap perjanjian nuklear.
Topic Berkaitan
#Iran
#perjanjian nuklear
#Amerika Syarikat
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan