awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran cadang penubuhan Rangkaian Maklumat BRICS

Bernama
Bernama
13/07/2024
14:50 MYT
Iran cadang penubuhan Rangkaian Maklumat BRICS
Iran menekankan keperluan untuk melancarkan Rangkaian Maklumat BRICS bagi memudahkan perkongsian maklumat dalam kalangan negara anggota. - Gambar hiasan/REUTERS
MOSCOW: Iran mencadangkan kumpulan ekonomi baru memuncul utama, BRICS untuk menubuhkan sebuah rangkaian perkongsian maklumat bagi mengukuhkan hubungan media dalam perikatan itu sambil memerangi aliran berita palsu dan maklumat salah oleh media Barat, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Dalam Mesyuarat Ketua Jabatan Maklumat dan Jurucakap Kementerian Luar BRICS yang diadakan di Moscow pada Sabtu, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani menggariskan cadangan Iran mengenai peranan negara anggota dalam sektor media dan maklumat untuk mencapai objektif kolektif seperti dunia yang lebih "adil dan multipolar."
Kanaani menekankan keperluan untuk melancarkan Rangkaian Maklumat BRICS bagi memudahkan perkongsian maklumat dalam kalangan negara anggota.
Beliau berkata rangkaian ini boleh berfungsi untuk menentang kuasa-kuasa yang bertentangan di Barat yang menghalang aliran bebas maklumat dalam BRICS, memerangi kempen berita palsu dan maklumat salah, serta menangani kesan buruk sekatan unilateral.
Kanaani berkata diplomasi media kini menjadi sebahagian penting daripada aktiviti diplomatik kerana media adalah alat paling berkuasa yang digunakan oleh diplomat untuk "menyebarkan pandangan, mesej dan pendirian negara."
Beliau juga berkata Iran sedia bekerjasama dengan negara anggota BRICS lain untuk meningkatkan kedudukan antarabangsa perikatan itu, dengan menggunakan kemampuan media negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#rangkaian maklumat BRICS
#rangkaian perkongsian maklumat
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan