awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran sifatkan tindakan Palestin 'serangan mempertahankan diri'

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2023
02:50 MYT
Iran sifatkan tindakan Palestin 'serangan mempertahankan diri'
Tindak balas Palestin itu sebagai cerminan serangan mempertahankan diri selepas sekian lama menderita ditindas Israel. - Foto AP
TEHRAN: Iran senada dengan kenyataan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bahawa Palestin ada hak untuk mempertahankan diri daripada serangan serta penindasan Israel.
Kenyataan Kementerian Luar Iran menyebut, tindak balas Palestin itu sebagai cerminan serangan mempertahankan diri selepas sekian lama menderita ditindas Israel.
Tehran turut menyeru semua negara Islam solidariti menyokong usaha Palestin mempertahankan pembebasan dan menentang dasar perang dan provokatif tentera Israel.
Jurucakap Iran, Nasser Kanaani menambah, rejim Israel dan juga penyokongnya juga sudah sekian lama melakukan keganasan dan pembunuhan warga Palestin.
Justeru itu, tindakan balas pada Jumaat oleh Palestin adalah hak mereka mempertahankan tanah mereka daripada terus dirampas.
Dalam pada itu penasihat kepada pemimpin tertinggi Iran, Ali Akbar Velayati berkata mereka akan terus berdiri bersama pejuang Palestin sehingga pembebasan Palestin dan Baitulmaqdis diperoleh.
Topic Berkaitan
#rejim Zionis
#mempertahankan diri
#Palestin
#penindasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan