awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga

Bernama
Bernama
09/02/2026
21:00 MYT
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Nga berkata, projek itu merupakan kerjasama strategik antara KPKT, MAHB dan Kementerian Pengangkutan. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Projek Pembangunan Landskap Pintu Masuk Negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bernilai RM3 juta yang dilaksanakan bermula Ogos lepas dijangka siap dalam tempoh enam bulan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ringkasan AI
  • Projek pembangunan landskap pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bernilai RM3 juta dijangka siap dalam enam bulan, menekankan elemen landskap yang mencerminkan identiti Malaysia.
  • Projek ini merupakan usaha kerjasama antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), dan Kementerian Pengangkutan, bertujuan memperkasakan imej negara menerusi konsep #unityindiversity dan #strongertogether.
  • Melalui tema "Harmony in Diversity", projek landskap KLIA ini menekankan kekayaan budaya, kepelbagaian kaum, sumber alam semula jadi, dan biodiversiti Malaysia, dijangka meningkatkan jumlah pelancong luar negara serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama Asia.

Berucap merasmikan projek berkenaan di KLIA Terminal 1 di sini pada Isnin, Nga berkata, projek itu merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan bagi memperkasakan imej negara melalui elemen landskap yang indah, tersusun serta mencerminkan identiti Malaysia.
"Inisiatif ini bukan sahaja menyokong usaha KPKT, malah mencerminkan semangat kerjasama erat antara agensi di bawah Kerajaan MADANI menerusi konsep #unityindiversity dan #strongertogether.
"Projek pembangunan landskap KLIA ini merupakan projek pembangunan pintu masuk negara pertama yang dilaksanakan oleh KPKT dengan tema "Harmony in Diversity", yang menekankan nilai kekayaan budaya, warisan, kepelbagaian kaum serta sumber alam semula jadi dan biodiversiti Malaysia," katanya.
Nga berkata, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), KPKT menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menzahirkan komitmen untuk memperindah pintu masuk utama negara bagi memberikan tanggapan pertama yang positif serta meningkatkan daya tarikan kepada pelancong antarabangsa.
Katanya, kawasan pembangunan dibahagikan kepada empat zon utama, iaitu Zon A melibatkan landskap menegak di Bangunan Terminal 1 dan 2, Zon B membabitkan pembangunan landskap di sebahagian laluan keluar terminal, Zon C dikenali sebagai Jajaran Belantara dan Zon D, iaitu Gerbang MADANI yang menampilkan papan tanda alu-aluan "Welcome to Malaysia" lengkap dengan pencahayaan lampu solar.
"Pelaksanaan projek yang dipercepatkan ini membolehkan penjimatan masa, tenaga dan kos, selain berpotensi meningkatkan pulangan pelaburan melalui peningkatan jumlah pelancong luar negara," katanya.
Beliau berkata, projek landskap itu bukan sahaja meningkatkan imej KLIA sebagai pintu masuk utama negara, malah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama Asia serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Nga berkata, semua pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan disaran agar berusaha meningkatkan imej serta identiti kawasan pentadbiran masing-masing dengan landskap yang tersusun serta beridentitikan Malaysia.
"Jalan-jalan protokol dan pintu masuk utama boleh diperindah dengan penanaman variasi tanaman tropika yang menarik dan beridentitikan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#KPKT
#MAHB
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan