awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran lancar 10 peluru berpandu ke Israel dalam tiga gelombang serangan
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ireland mula kuatkuasa undang-undang perkahwinan sejenis

Agensi
Agensi
16/11/2015
07:14 MYT
Ireland mula kuatkuasa undang-undang perkahwinan sejenis
Seramai 62.1 peratus telah mengundi untuk negara itu membenarkan perkahwinan antara dua individu "tanpa membezakan jantina mereka" di Ireland pada Mei lalu. - Gambar fail
Undang-undang perkahwinan sejenis di Ireland mula berkuat kuasa hari ini, enam bulan selepas negara itu mengundi untuk membenarkan kesatuan gay, AFP melaporkan.
Menurut laporan itu, perkahwinan sama jantina yang telah didaftarkan di luar negeri akan segera diiktiraf di Ireland, manakala pasangan lain boleh mengemukakan hasrat untuk berkahwin.
"Sebelum ini saya rasa saya tidak mempunyai kebenaran untuk mengatakan kami telah berkahwin, tetapi mulai sekarang kami akan mengatakannya," kata Vivian Cummins, 57, dari Dublin yang berkahwin dengan pasangannya Erney di Afrika Selatan pada tahun 2009.
"Saya tidak pernah mengakui sudah berkahwin kerana saya tidak berasa begitu pun di negara ini," katanya kepada AFP.
Seramai 62.1 peratus telah mengundi untuk negara itu membenarkan perkahwinan antara dua individu "tanpa membezakan jantina mereka" di Ireland pada Mei lalu.
Ia merupakan kali pertama perkahwinan sejenis disahkan melalui referendum.
Ia adalah satu perjalanan kempen yang panjang bagi golongan LGBT di negara itu yang terdiri dari penganut Kristian Katolik, di mana hukuman ke atas perbuatan homoseksual hanya dimansuhkan pada 1993.
Topic Berkaitan
#Ireland
#perkahwinan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan