awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel 'panas' dengan restoran 7 Oktober

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2024
00:30 MYT
Israel 'panas' dengan restoran 7 Oktober
Rakaman premis perniagaan di bandar Kerak yang menyediakan menu seperti shawarma dan piza itu turut menjadi tular di media sosial. - Foto: Agensi/Sinar Harian
AMMAN: Pembukaan sebuah restoran dinamakan '7 Oktober' di Jordan telah mencetuskan kemarahan Israel kerana didakwa seakan-akan memperingati tarikh pejuang Hamas melancarkan Operasi Taufan al-Aqsa.
Rakaman premis perniagaan di bandar Kerak yang menyediakan menu seperti shawarma dan piza itu turut menjadi tular di media sosial setelah ia dipromosikan oleh laman berita tempatan, Khaberni.
Pemimpin ekstremis dan media Israel bagaimanapun berasa 'tersinggung' sedangkan ia sebenarnya tiada kena mengena langsung dengan tarikh konflik bersama Hamas tercetus.
"Tindakan mengagungkan tarikh 7 Oktober perlu dihentikan," kata bekas Perdana Menteri, Yair Lapid menerusi platform X.
Beliau juga menggesa Amman mengecam perkara itu secara terbuka.
Bagi menjawab persoalan banyak pihak, pemilik restoran itu yang dikenali sebagai Sarayrah menjelaskan ia dinamakan sempena tarikh anak perempuannya tamat pengajian universiti di Algeria.
"Tel Aviv adalah negara yang rapuh lemah kerana boleh berasa tergugat dengan isu remeh sedemikian," sindirnya. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Israel
#restoran
#7 Oktober
#Jordan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan