awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan

Agensi
Agensi
19/01/2025
12:06 MYT
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan. - Gambar fail/REUTERS
ISRAEL bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Dalam satu kenyataan, Hamas berkata tebusan, yang akan dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata dalam perang Gaza selama 15 bulan, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Terdahulu, tiga tebusan warga Israel akan dibebaskan pada jam 4 petang waktu tempatan.
Malah kenyataan pejabat Perdana Menteri Israel berkata sama memaklumkan empat lagi tebusan wanita dijangka dibebaskan dalam tempoh seminggu.
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Terdahulu, perjanjian gencatan senjata yang sepatutnya bermula 6.30 pagi tertangguh dengan Israel mendakwa ia tidak akan dimulakan selagi Hamas tidak menyediakan senarai tebusan yang akan dibebaskan.
Malah satu letupan besar kedengaran di Gaza selepas perjanjian itu tertangguh.
Serangan rejim zionis itu dilakukan pada jam 7 pagi waktu tempatan kira-kira 30 minit selepas gencatan senjata sepatutnya bermula.
Sementara itu, Jurucakap Sayap Tentera Hamas dalam hantaran di telegram dipetik Reuters berkata, pihaknya mengeluarkan senarai tiga nama tebusan warga Israel yang dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata.
Pegawai Hamas berkata, kelewatan penyerahan senarai tebusan itu adalah disebabkan masalah teknikal.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#tebusan
#gencatan senjata
#Gaza
#Palestin
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan