awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel serah 30 jenazah rakyat Palestin di tengah gencatan senjata, didapati ada kesan penyeksaan

Bernama
Bernama
31/10/2025
14:28 MYT
Israel serah 30 jenazah rakyat Palestin di tengah gencatan senjata, didapati ada kesan penyeksaan
Menurut petugas perubatan, kebanyakan jenazah menunjukkan tanda-tanda penyeksaan, kesan terbakar dan tembakan. - AP
GAZA: Hospital Nasser di Bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, memaklumkan bahawa ia telah menerima 30 jenazah dan cebisan tubuh rakyat Palestin yang diserahkan oleh pihak berkuasa Israel melalui Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Hospital itu pada Jumaat berkata, ini merupakan kumpulan kelima jenazah yang diterimanya daripada ICRC sejak gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa.
Menurut petugas perubatan, kebanyakan jenazah menunjukkan tanda-tanda penyeksaan, kesan terbakar dan tembakan.
Ramai mangsa didapati diikat pada bahagian tangan dan mata, dan dalam beberapa kes, wajah mereka begitu teruk dicacatkan sehingga keluarga tidak dapat mengenal pasti identiti.
Penyerahan itu menandakan fasa awal pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Okt.
Perjanjian itu, yang dipantau oleh Amerika Syarikat dan melalui pengantaraan Mesir, Qatar serta Turkiye, melibatkan pertukaran tahanan dan jenazah antara Israel dan Hamas.
Keluarga di Gaza kini berusaha mengenal pasti jenazah ahli keluarga mereka yang dipulangkan dari Israel tanpa nama, dengan berpandukan kepada ciri fizikal atau pakaian, memandangkan kemudahan forensik tidak lagi beroperasi akibat sekatan Israel dan kemusnahan makmal.
--BERNAMA-WAFA
TAG: jenazah, gencatan senjata, Hospital Nasser, Gaza, ICRC
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#jenazah warga palestin
#kesan penyeksaan
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami