awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel terus halang bantuan penting ke utara Gaza - PBB

Bernama
Bernama
11/01/2025
10:11 MYT
Israel terus halang bantuan penting ke utara Gaza - PBB
Pihak berkuasa Israel terus menafikan usaha yang diketuai PBB untuk menyampaikan bantuan penting ke wilayah utara Gaza. - Reuters
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa pihak berkuasa pndudukan Israel terus menghalang bantuan penting daripada sampai kepada mereka yang memerlukan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
"OCHA melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel terus menafikan usaha yang diketuai PBB untuk menyampaikan bantuan penting ke wilayah utara Gaza. Ini termasuk percubaan terbaru hari ini," menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).
"Di seluruh Gaza semalam, hanya 10 daripada 21 pergerakan kemanusiaan yang dirancang PBB telah difasilitasi oleh pihak berkuasa Israel. Tujuh dinafikan secara terang-terangan, tiga dihalang, dan satu dibatalkan atas alasan keselamatan dan cabaran logistik," katanya.
Organisasi PBB itu menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai "kesan bekalan bahan api yang semakin berkurangan terhadap perkhidmatan penting di Gaza."
"Penyedia telekomunikasi Palestin kini memberi amaran bahawa perkhidmatan mereka mungkin terpaksa dihentikan esok akibat kekurangan bahan api," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#Palestin
#PBB
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan