awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel terus sekat kemasukan bahan api, gas memasak ke Gaza

Bernama
Bernama
21/04/2024
08:49 MYT
Israel terus sekat kemasukan bahan api, gas memasak ke Gaza
Untuk tujuh bulan berturut-turut, Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza. - Foto Reuters
GAZA: Untuk tujuh bulan berturut-turut, Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza, terutamanya Bandaraya Gaza dan bahagian utaranya, kata Pejabat Penerangan Kerajaan di sini.
Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan pejabat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan dan kesihatan yang meruncing berikutan serangan ke atas Gaza dan kebergantungan penduduk kepada sumber alternatif, seperti kayu api, arang dan runtuhan bangunan untuk menghidupkan api, mengakibatkan ratusan penduduk menghadapi masalah pernafasan.
Ia berkata ratusan kes masalah pernafasan direkodkan akibat mereka berjam-jam terdedah kepada api yang digunakan untuk memasak dan berdiang yang akan memburukkan lagi krisis dan meningkatkan kes kanser paru-paru dan penyakit berkaitan pernafasan kerana menghidu gas yang berbahaya.
Realiti kemanusiaan, kesihatan dan alam sekitar yang sukar memerlukan campur tangan segera untuk menoktahkan krisis ini dan membawa masuk barangan keperluan asas, yang paling utama ialah gas memasak dan bahan api, kata pejabat itu.
Ia menggesa masyarakat antarabangsa dan pihak prihatin supaya memberikan tekanan terhadap Israel untuk segera menangani krisis ini dan membenarkan kemasukan bekalan gas memasak dan bahan api,menurut Petra.
Kenyataan itu menekankan bahawa menyekat akses kepada keperluan barangan asas adalah satu jenayah selain daripada serangan genosid Israel terhadap warga Palestin sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekatan Israel
#Gaza
#gas memasak dan bahan api
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan