awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri PM Kanada pulih COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2020
03:14 MYT
Isteri PM Kanada pulih COVID-19
Sejak Sophie diumumkan positif COVID-19, Perdana Menteri dan keluarganya telah melalui tempoh pengasingan diri di rumah. - Gambar fail
ISTERI Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Sophie Gregoire Trudeau berkata, beliau telah pulih daripada jangkitan COVID-19.
"Saya berasa lebih sihat sekarang," katanya dalam satu kenyataan menerusi media sosial pada Sabtu.
Katanya, beliau telah menerima pelepasan daripada doktornya dan Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Ottawa.
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pada 12 Mac lalu, Sophie telah didapati positif ujian koronavirus selepas dia jatuh sakit ketika pulang dari London.
Sejak itu, Perdana Menteri dan keluarganya melalui tempoh pengasingan diri di rumah. Bagaimanapun, beliau dan tiga anaknya tidak menunjukkan sebarang gejala.
Sepanjang tempoh itu, Justin Trudeau telah mengadakan sidang media di luar kediamannya setiap hari.
Pada Sabtu, beliau berkata, isterinya kini berada dalam keadaan baik.
"Dari sudut hati, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan mendoakan kesihatan saya. Dan kepada yang sedang menderita sakit itu sekarang, saya kirimkan kasih sayang kepada semua, "katanya.
Beliau turut berkata, akan terus bekerja dari rumah bagi menunjukkan contoh yang baik kepada warga Kanada yang diminta untuk tetap tinggal di rumah ketika penularan COVID-19 ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#isteri Perdana Menteri
#Justin Trudeau
#Kanada
#pengasingan diri
#Pulih
#Sophie Gregoire Trudeau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan