awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali keluar amaran di 15 bandar akibat gelombang haba

Bernama
Bernama
15/07/2023
02:40 MYT
Itali keluar amaran di 15 bandar akibat gelombang haba
Seorang lelaki berdiri di hadapan sebuah kipas bagi menyejukkan badan ketika Itali dilanda gelombang panas. - Foto REUTERS
ROM: Itali pada Jumaat menyenaraikan lebih 15 bandar dalam keadaan berjaga-jaga berikutan gelombang haba dijangka melanda beberapa kawasan hujung minggu ini, menurut Kementerian Kesihatan negara.
Kementerian meletakkan 15 bandar dalam senarai amaran merah pada Sabtu dan 16 pada Ahad, termasuk Rom, Bologna, Florence, Catania, Campobasso, Bari, Frosinone, Latina, Perugia, Pescara, Rieti, Viterbo, Cagliari, Civitavecchia, Messina, dan Palermo lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi ANSA.
Gelombang haba bukan sahaja mengancam warga emas, golongan rentan, dan kanak-kanak tetapi seluruh penduduk, menurut amaran itu.
Suhu dijangka melonjak 12 darjah Celsius (53.6F) lebih tinggi daripada purata.
Ramalan Sabtu untuk Rom ialah 37C (98.6F), dan 43C (109.4F) pada Ahad.
"Itali, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Poland semuanya menghadapi gelombang haba yang tinggi dengan suhu dijangka meningkat kepada 48C (118.4F) di pulau Sicily dan Sardinia - berpotensi merekodkan suhu paling panas di Eropah," Agensi Angkasa Eropah memaklumkan pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelombang haba
#amaran merah
#Kementerian Kesihatan
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan