awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali: Ketua Mafia Messina Denaro meninggal dunia

Bernama
Bernama
25/09/2023
02:59 MYT
Itali: Ketua Mafia Messina Denaro meninggal dunia
Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari lalu selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia akibat kanser kolon.
ROME: Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun, telah meninggal dunia, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan agensi berita Itali ANSA pada Isnin.
Ketua Mafia Cosa Nostra Sicily berusia 61 tahun itu menghidap kanser kolon dan dilaporkan dalam keadaan koma sejak Jumaat.
Pada awal Ogos, Mafioso menjalani pembedahan usus di Hospital San Salvatore di L'Aquila.
Selepas pembedahan itu berjaya, kanser kolon pula menyebabkan kemerosotan kesihatannya, ANSA memetik sumber sebagai berkata.
Ketua Mafia yang paling dikehendaki, telah ditangkap oleh unit polis khas di sebuah klinik kanser di Palermo ketika sedang menjalani rawatan dengan nama palsu.
Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran kerana peranannya dalam siri pembunuhan kejam dan pengeboman kereta di Itali.
Dia didapati bersalah atas kes pengeboman kereta 1992 yang membunuh pendakwa anti-Mafia Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Mafia Itali
#Matteo Messina Denaro
#ketua mafia meninggal dunia
#Cosa Nostra Sicily
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan