awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Kehakiman AS mulakan siasatan terhadap dakwaan perisikan era Obama berkaitan Rusia

Bernama
Bernama
05/08/2025
12:15 MYT
Jabatan Kehakiman AS mulakan siasatan terhadap dakwaan perisikan era Obama berkaitan Rusia
Jurucakap Obama menolak dakwaan itu sebagai "pelik" dan "tidak masuk akal". - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Satu siasatan juri agung berhubung dakwaan yang pegawai pentadbiran bekas Presiden Barack Obama memalsukan maklumat risikan mengenai campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016 dimulakan oleh pendakwa raya persekutuan atas arahan Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Pam Bondi, lapor Xinhua yang memetik laporan Reuters pada Isnin.
Siasatan ini susulan satu rujukan daripada Pengarah Risikan Negara Tulsi Gabbard bulan lepas yang mengubah yahklasifikasikan dokumen yang didakwanya mendedahkan satu "konspirasi khianat" untuk mengaitkan calon presiden ketika itu, Donald Trump, secara palsu dengan Moscow. Gabbard turut mengancam untuk mendakwa pegawai era Obama.
Satu "pasukan khas" Jabatan Kehakiman ditubuhkan baru-baru ini bagi menilai dakwaan Gabbard mengenai apa yang digambarkannya sebagai "pemerkasaan" komuniti perisikan untuk tujuan politik.
Fox News melaporkan yang Bondi mengarahkan seorang pendakwa raya persekutuan yang tidak dinamakan untuk memulakan prosiding undang-undang dan pendakwa raya itu dijangka membentangkan bukti Jabatan Kehakiman kepada juri agung, yang boleh mempertimbangkan pendakwaan. Seorang jurucakap DOJ (Jabatan Kehakiman) enggan mengulas.
Trump, yang menewaskan Hillary Clinton pada 2016 menuduh Obama melakukan pengkhianatan, dengan mendakwa tanpa bukti yang pemimpin Demokrat itu mengetuai usaha terancang untuk mensabotaj kempennya.
Penilaian risikan pada 2017 menyimpulkan yang Rusia cuba mempengaruhi pilihan raya 2016 untuk memihak kepada Trump, namun tidak menemui bukti yang undi diubah.
Jurucakap Obama menolak dakwaan itu sebagai "pelik" dan "tidak masuk akal".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan kehakiman AS
#bekas Presiden Barack Obama
#risikan
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan