awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jacinda Ardern sebak ketika dengar khutbah

Shafizan Johari
Shafizan Johari
22/03/2019
03:10 MYT
Jacinda Ardern sebak ketika dengar khutbah
Jacina Ardern bersama komuniti mendengar khutbah solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch, New Zealand pada Jumaat. - Gambar REUTERS
Ketika dunia menjadikan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai contoh kepimpinan terbaik, wanita besi itu tetap tidak dapat menyembunyikan sisi lembut ketika beliau mendengar khutbah solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch pada Jumaat.
Khubah berkenaan merupakan yang pertama sejak serangan pengganas yang meragut 50 nyawa minggu lalu.
Sebaik tiba di perkarangan Hegley Park, Ardern yang hadir mengenakan baju labuh dan berselendang hitam berkata New Zealand berkabung bersama-sama anda.
"Kita adalah satu," kata beliau ringkas.
Walaupun hadir sebagai tetamu kehormat, beliau tidak langsung mencuri tumpuan majlis.
Bagaimanapun, tumpuan kembali tertumpu kepada ibu kepada seorang cahaya mata itu apabila khatib yang membacakan khubah, Imam Gamal Fouda menyatakan penghargaan komuniti Islam kepada beliau dan pada ketika itu, Ardern dilihat cuba menahan sebak dan terharu.
"Kepada Perdana Menteri kami, terima kasih. Terima kasih atas kepimpinan anda yang kini dijadikan teladan buat pemimpin dunia lain.
"Kepada warga New Zealand, terima kasih. Terima kasih atas tangisan, terima kasih atas (persembahan) haka, terima kasih atas pemberian bunga, terima kasih atas cinta dan kasih sayang anda."jelas khutbah Imam Gamal.
Walaupun hadir sebagai tetamu kehormat, beliau tidak langsung mencuri tumpuan majlis.
Walaupun hadir sebagai tetamu kehormat, Jacinda Ardern langsung tidak mencuri tumpuan pada majlis berkenaan FotoREUTERS
Jacinda Ardern, Prime Minister, Christchurch, New Zealand
Jacinda Ardern, Prime Minister, Christchurch, New Zealand
Topic Berkaitan
#Christchurch
#christchurch berkabung
#Jacinda Ardern
#New Zealand
#pengganas
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri New Zealand
#selandia baru
#serangan
#serangan christchuch
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan