awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan bergaduh di khalayak ramai - Konsulat China

Agensi
Agensi
19/02/2019
16:33 MYT
Jangan bergaduh di khalayak ramai - Konsulat China
Laporan South China Morning Post mengenai pasangan dari China tersebut.
PELANCONG China ke New York telah dinasihatkan untuk tidak bergaduh ketika berada di Amerika Syarikat (AS) selepas seorang lelaki ditangkap di luar hotel kerana bergaduh dengan isterinya.
Konsulat China di New York mengeluarkan kenyataan pada Sabtu, mengingatkan pelancong China bahawa pergaduhan fizikal di AS bukan perkara kecil.
Seorang wanita bernama Zhang, baru-baru ini dilaporkan meminta pertolongan daripada konsulat apabila suaminya ditahan polis Amerika selepas mereka bergaduh di luar sebuah hotel di New York.
Dua pejalan kaki yang menyaksikan insiden itu telah membuat laporan polis dan lelaki itu telah dituduh melakukan keganasan rumah tangga, yang menyebabkan kepulangan mereka ke China terpaksa ditangguhkan.
"Ramai rakyat China berpendapat pergaduhan antara pasangan adalah urusan domestik. Tetapi di negara-negara Barat seperti AS, insiden seperti ini merupakan perkara besar," kenyataan itu menyebut.
Konsulat itu menasihatkan pelancong China ke AS bahawa pergaduhan antara pasangan dianggap sebagai keganasan rumah tangga yang serius, dan pergaduhan yang berlaku secara peribadi juga boleh dilaporkan oleh jiran kepada pihak berkuasa.
"Sebelum ke AS, pelancong China harus memahami undang-undang dan peraturan serta perbezaan budaya antara kedua-dua negara, supaya insiden seperti itu dapat dielakkan," kenyataan itu menambah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bergaduh
#China
#pasangan
#pelancong
#pergaduhan
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan