awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun gesa universiti terima pelajar Harvard terjejas susulan larangan AS

Bernama
Bernama
28/05/2025
21:15 MYT
Jepun gesa universiti terima pelajar Harvard terjejas susulan larangan AS
Kira-kira 260 pelajar dan penyelidik dari Jepun kini sedang mengikuti pengajian di universiti Harvard. - Gambar fail/AP
TOKYO: Kerajaan Jepun menggesa universiti di negara itu supaya mempertimbangkan untuk menerima pelajar Harvard yang terjejas susulan dasar kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang melarang Harvard daripada mendaftarkan pelajar antarabangsa, lapor Xinhua.
Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun menegaskan yang universiti Jepun harus meneroka langkah sokongan yang boleh diambil untuk membantu pelajar terbabit meneruskan pengajian mereka.
Universiti Tokyo dilaporkan sedang mempertimbangkan penerimaan sementara pelajar Harvard yang terkesan. Kira-kira 260 pelajar dan penyelidik dari Jepun kini sedang mengikuti pengajian di universiti itu, menurut laporan media tempatan.
Walaupun Harvard memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan dan seorang hakim persekutuan di Massachusetts menyekat sementara larangan itu, implikasi dasar itu terus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelajar antarabangsa semasa dan bakal pelajar di seluruh AS.
Kebimbangan juga semakin meningkat dalam kalangan pelajar antarabangsa yang kini sedang belajar atau merancang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti lain di AS selain Harvard.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#universiti Jepun
#pelajar Harvard
#larangan AS
#pelajar antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami