awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun lapor wabak selesema ekuin pertama sejak 2008

Bernama
Bernama
11/04/2025
20:45 MYT
Jepun lapor wabak selesema ekuin pertama sejak 2008
Selsema ekuin adalah penyakit pernafasan berpunca daripada virus yang sangat mudah merebak dan menjangkiti kuda, keldai serta spesies ekuin lain. - Gambar hiasan
TOKYO: Majlis Kuarantin Ringan Bagi Kuda Jepun mengesahkan berlakunya jangkitan selesema ekuin pada 8 April di tiga ladang pembiakan kuda di Wilayah Kumamoto, lapor agensi berita Xinhua.
Langkah pencegahan sedang dilaksanakan termasuk mengasingkan kuda yang dijangkiti, menyekat pergerakan kuda lain, memberikan vaksin serta menjalankan kerja pembasmian kuman di kemudahan bagi mengekang penularan penyakit itu.
Selsema ekuin adalah penyakit pernafasan berpunca daripada virus yang sangat mudah merebak dan menjangkiti kuda, keldai serta spesies ekuin lain.
Kejadian terbaharu ini adalah kes pertama selsema ekuin dilaporkan di Jepun sejak 2008.
Terdahulu, wabak pada 2007 menyebabkan pembatalan acara perlumbaan kuda utama di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#selesema ekuin
#wabak
#ladang pembiakan kuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan