awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerman ancam tindakan terhadap Israel, nada kian tegas isu Gaza

Agensi
Agensi
28/05/2025
01:40 MYT
Jerman ancam tindakan terhadap Israel, nada kian tegas isu Gaza
Jerman tidak akan mengekspot sebarang senjata yang boleh digunakan untuk melanggar undang-undang kemanusiaan, selaras dengan pendirian baharu kerajaan.
BERLIN: Jerman kini mengubah nadanya secara ketara terhadap Israel apabila Canselor Friedrich Merz dan Menteri Luar Johann Wadephul mengkritik keras tindakan ketenteraan Israel di Gaza.
Wadephul menyatakan, Jerman tidak akan mengekspot sebarang senjata yang boleh digunakan untuk melanggar undang-undang kemanusiaan, selaras dengan pendirian baharu kerajaan.
"Sokongan bersejarah Jerman terhadap Israel tidak seharusnya digunakan untuk menghalalkan kekejaman yang berlaku
"Situasi di Gaza telah menjadi tidak tertanggung akibat serangan udara besar-besaran serta kekurangan makanan dan ubat-ubatan", katanya.
Walaupun tidak memutuskan hubungan diplomatik, perubahan pendirian ini amat signifikan bagi Jerman yang sejak pasca-Holocaust berpegang kepada dasar Staatsraeson, iaitu tanggungjawab khas terhadap kewujudan dan keselamatan Israel.
Dalam satu sidang media di Finland, Merz menegaskan, serangan udara Israel ke atas Gaza tidak lagi boleh dibenarkan atas alasan memerangi Hamas dan tindakan ketenteraan itu semakin sukar difahami dari segi logik strategik.
Beliau turut menyatakan, operasi ketenteraan berskala besar oleh Israel kini tidak menunjukkan hubungan yang jelas dengan matlamat menentang keganasan.
Perubahan nada ini berlaku ketika Kesatuan Eropah sedang mengkaji semula dasar terhadap Israel.
Negara seperti Britain, Perancis dan Kanada turut mempertimbangkan tindakan konkrit jika krisis kemanusiaan di Gaza terus berlanjutan.
Wadephul menegaskan bahawa tiada pesanan baharu senjata sedang dipertimbangkan buat masa ini dan sebarang keputusan berhubung penghantaran senjata tertakluk kepada Majlis Keselamatan yang dipengerusikan oleh Merz.
Beliau turut menyatakan bahawa jika wujud risiko senjata tersebut boleh digunakan untuk mencederakan orang awam, penghantaran akan dihentikan serta-merta.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Jerman
#serangan udara Israel
#Jerman kritik Israel
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan