awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jet Airways hadiahkan penerbangan percuma seumur hidup kepada bayi lahir dalam pesawat

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/06/2017
04:28 MYT
Jet Airways hadiahkan penerbangan percuma seumur hidup kepada bayi lahir dalam pesawat
Bayi berkenaan dilahirkan tidak cukup bulan ketika ibunya dalam penerbangan dari Dammam, Arab Saudi ke Kochi, India, pada Ahad.
SEORANG bayi yang dilahirkan di atas pesawat Jet Airways telah dihadiahkan penerbangan percuma seumur hidup bersama syarikat penerbangan itu.
Bayi berkenaan dilahirkan tidak cukup bulan ketika ibunya dalam penerbangan dari Dammam, Arab Saudi ke Kochi, India, pada Ahad.
Kelahiran bayi lelaki itu disambut oleh seorang jururawat yang secara kebetulan merupakan penumpang pesawat, dibantu krew penerbangan.
Welcome to the world! pic.twitter.com/2Fco5V7V9j
— Jet Airways (@jetairways) June 19, 2017
Media tempatan melaporkan, kelahiran mengejut itu memaksa pesawat mendarat di Mumbai untuk membolehkan ibu dan bayi diberi rawatan.
Kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan sihat.
April lalu, syarikat penerbangan Turkish Airlines turut memberikan hadiah yang sama kepada bayi perempuan yang dilahirkan dalam satu penerbangan.
Topic Berkaitan
#bayi
#jet airways
#Lahir
#penerbangan
#percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan