awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis Selat Hormuz jejas 20 peratus bekalan, pacu kenaikan harga minyak global – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi rasmi majlis pecah tanah hab super logistik di Nusantara

Bernama
Bernama
17/01/2024
08:18 MYT
Jokowi rasmi majlis pecah tanah hab super logistik di Nusantara
Jokowi berkata projek itu diharapkan dapat menyumbang secara signifikan untuk mengukuhkan rantaian bekalan domestik. - Facebook Joko Widodo
JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Hab Super Logistik Nusantara Pos Indonesia yang bertujuan untuk mengukuhkan rantaian bekalan domestik.
"Saya menyokong pelancaran super hab ini yang merupakan kerjasama antara Pos Indonesia dan PT Bina Karya di IKN Nusantara," katanya pada Rabu.
Beliau berkata projek yang terletak di Daerah Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur itu akan menyokong Nusantara sebagai ibu kota baharu (IKN), menjadi hab super dengan perkhidmatan logistik, kata Jokowi.
Jokowi berkata projek itu diharapkan dapat menyumbang secara signifikan untuk mengukuhkan rantaian bekalan domestik bukan sahaja di IKN tetapi juga di beberapa wilayah di Indonesia, lapor Agensi Berita Antara.
"Ini berdasarkan kepadatan aktiviti di situ dan peningkatan mobiliti serta pergerakan barangan keluar dan masuk ke IKN...," katanya.
Presiden Pengarah syarikat perkhidmatan pos kendalian kerajaan (PT Pos Indonesia) Faisal Rahmad Jumadi berkata pembinaan hab itu membabitkan nilai pelaburan Rp350 bilion (sekitar AS$22.36 juta).
Beliau berkata bajet itu tertumpu kepada membina hab logistik hijau yang dilengkapi dengan teknologi canggih antaranya robotik dan kenderaan elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#IKN
#nusantara
#hab super
#logistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan