awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi, Retno zahir ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II

Bernama
Bernama
09/09/2022
14:30 MYT
Jokowi, Retno zahir ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II
Presiden Indonesia, Joko Widodo, menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada kerabat diraja, kerajaan dan rakyat UK.- Gambar fail/Instagram/Joko Widodo
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo, menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada kerabat diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom (UK) atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
"Saya amat berdukacita dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II, seorang ratu yang dikagumi dan disayangi ramai," kata Presiden, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, menerusi Twitter hari ini.
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berada di Kedutaan Britain di Kuningan, Jakarta Selatan, untuk memberi penghormatan dan menandatangani buku takziah.
Ketibaan Retno disambut Duta Owen Jenkins.
Retno, menerusi akaun Twitter rasminya, berkata Ratu Elizabeth II menjadi "inspirasi untuk generasi akan datang".
"Bagi pihak rakyat Indonesia, saya menandatangani buku takziah dan menyampaikan ucapan takziah dan simpati atas kemangkatan Ratu Elizabeth II," tambah Retno.
Menurut kedutaan bendera di kedutaan akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan.
"Kemangkatan Ratu Elizabeth II detik yang sangat mendukacitakan. Sepanjang pemerintahannya baginda menjadi contoh kepada kita mengenai erti khidmat dan bakti," ciap Jenkins di Twitter.
Duta itu turut mengucapkan terima kasih dan terharu dengan mesej serta ucapan daripada rakyat Indonesia.
Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Ratu Elizabeth II
#Indonesia
#Retno Marsudi
#Jokowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan