awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pagar Laut: Maritim Malaysia tahan 617 individu, catat rampasan RM4.6 juta

Bernama
Bernama
12/04/2026
04:41 MYT
Pagar Laut: Maritim Malaysia tahan 617 individu, catat rampasan RM4.6 juta
Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata jumlah itu susulan 142 kes tangkapan yang dilakukan dan operasi tersebut membuktikan komitmen berterusan pihaknya dalam mengekang jenayah rentas sempadan maritim negara. - Gambar/ Bernama
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 617 individu dan mencatat nilai rampasan sebanyak RM4.6 juta sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut 1/2026 dari 27 Feb hingga 10 April lepas.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata jumlah itu susulan 142 kes tangkapan yang dilakukan dan operasi tersebut membuktikan komitmen berterusan pihaknya dalam mengekang jenayah rentas sempadan maritim negara.
“Warga Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 210 orang, diikuti Myanmar dengan 84 orang, sekali gus menunjukkan laluan laut negara masih menjadi sasaran utama kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini.
“Kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kekal sebagai penyumbang utama dengan 68 kes direkodkan, diikuti kes di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu 39 kes serta Akta Imigresen 1959/63 iaitu sebanyak 23 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pendekatan operasi ini turut diperkukuh dengan pemantauan udara menggunakan pesawat Maritim Malaysia serta pengesanan melalui Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di Lumut dan Kota Kinabalu, bagi memastikan setiap pergerakan mencurigakan dapat dikesan lebih awal.
Beliau berkata Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 37 kes, diikuti Johor dengan 33 kes dan Kedah serta Perlis masing-masing 24 kes.
Selain operasi, Mohd Rolis berkata pihaknya turut mempergiatkan program kesedaran komuniti seperti Program Sahabat Maritim bagi meningkatkan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut.
Op Khas Pagar Laut dilaksanakan secara menyeluruh dengan penggemblengan aset laut dan udara serta penguatkuasaan berfokus di kawasan titik panas bagi membanteras aktiviti jenayah seperti penyeludupan pendatang tanpa izin, barangan kawalan serta kontraban khususnya menjelang musim perayaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Khas Pagar Laut
#Maritim Malaysia
#pati
#Mohd Rosli Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan