awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jordan sifatkan serangan Israel di sekitar hospital medannya di Gaza sebagai jenayah perang

Bernama
Bernama
16/11/2023
08:55 MYT
Jordan sifatkan serangan Israel di sekitar hospital medannya di Gaza sebagai jenayah perang
Menurut Ayman, Jordan sedang menunggu hasil siasatan pasukan tenteranya terhadap insiden pengeboman berkenaan agar undang-undang, langkah diplomatik dan politik dapat diambil - Gambar fail/AP
ANKARA: Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, mengutuk pengeboman Israel di sekitar hospital medan Jordan di Gaza sambil menyifatkannya sebagai "jenayah perang".
Jordan sedang menunggu hasil siasatan pasukan tenteranya terhadap insiden pengeboman berkenaan agar undang-undang, langkah diplomatik dan politik dapat diambil, lapor Agensi Anadolu memetiknya sebagai berkata dalam temu bual dengan saluran TV tempatan Al-Mamlaka.
Beliau menegaskan bahawa Israel tertakluk di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa di aman ia bukan sahaja bertanggungjawab untuk melindungi hospital itu tetapi juga tidak menghalang operasinya.
Tentera Jordan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan tujuh kakitangan hospital cedera ketika mereka cuba membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara Israel.
Pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt telah meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Jordan
#serangan Israel
#Gaza
#Hospital
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan