awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah Ahli Parlimen Singapura bertambah selepas pilihan raya akan datang

Bernama
Bernama
13/03/2020
22:30 MYT
Jumlah Ahli Parlimen Singapura bertambah selepas pilihan raya akan datang
Jawatankuasa Semakan Persempadanan Pilihan Raya Singapura mengesyorkan 31 bahagian pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum negara itu di masa akan datang, dengan Ahli Parlimen berjumlah 93 orang. - Gambar hiasan
Jawatankuasa Semakan Persempadanan Pilihan Raya Singapura mengesyorkan 31 bahagian pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum negara itu di masa akan datang, dengan Ahli Parlimen berjumlah 93 orang.
Ketika ini Ahli Parlimen Singapura yang dipilih berjumlah 89.
Bahagian berkenaan terdiri daripada 14 kerusi kawasan Pilihan Raya Kerusi Tunggal (SMC) dan 17 kerusi kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC), menurut jawatankuasa itu menerusi 'White Paper' yang dikeluarkannya pada Jumaat.
Menurutnya jumlah pemilih dalam senarai terbaharu Pendaftar Pemilih sehingga 15 April lepas, adalah 2,594,740.
Terdapat peningkatan 134,256 pemilih dari 2,460,484 pemilih yang disenaraikan Pendaftar Pemilih 2015, yang disahkan pada 7 April 2015.
Berdasarkan kepada 89 Ahli Parlimen yang terpilih hari ini, jumlah ini menjadikan nisbah purata seorang Ahli Parlimen kepada kira-kira 29,200 pemilih, menurutnya.
Dengan perubahan yang dicadangkan itu, jumlah Ahli Parlimen akan meningkat kepada 93, yang terdiri daripada 14 daripada SMCs dan 79 daripada GRC.
Jawatankuasa Semakan Persempadanan Pilihan Raya Singapura telah menghantar laporan itu kepada perdana menteri pada 11 Mac 2020.
Sementara itu Jabatan Pilihan Raya Singapura memberitahu bahawa kerajaan telah menerima syor berkenaan dan akan melaksanakannya pada pilihan raya umum akan datang.
Jabatan itu turut mengumumkan bajawa Pendaftaran Pemilih yang dikemas kini telah disediakan dan akan dibuka kepada semakan orang ramai dari 14 Mac hingga 27 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Semakan Persempadanan Pilihan Raya Singapura
#Pilihan Raya Kerusi Tunggal
#Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan