awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan

Bernama
Bernama
28/08/2023
09:32 MYT
Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan
Kepekatan tritium dalam air laut susulan pelepasan air tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima Jepun yang musnah adalah jauh di bawah had standard, kata seorang pegawai Korea Selatan pada Isnin. - Gambar fail/AP
SEOUL: Kepekatan tritium dalam air laut susulan pelepasan air tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima Jepun yang musnah adalah jauh di bawah had standard, kata seorang pegawai Korea Selatan pada Isnin.
Sebanyak 246 bilion becquerel tritium, isotop radioaktif hidrogen yang masih boleh dikesan selepas rawatan melalui sistem penulenan khas dikenali sebagai ALPS, dilepaskan dari Khamis hingga Ahad, menurut timbalan ketua pertama Pejabat untuk Penyelarasan Dasar Kerajaan, Park Ku Yeon.
Pengendali loji, Tokyo Electric Power Company (Tepco) telah memantau kepekatan tritium dalam air laut berhampiran untuk menilai potensi kesannya ke atas lautan sejak pelepasan bermula Khamis lepas.
"Kepekatan dalam 3 kilometer dari loji nuklear adalah jauh di bawah had standard," Agensi Berita Yonhap memetik Park sebagai berkata semasa taklimat harian.
Kepekatan tritium yang diukur di mana air laut dan air terawat keluar daripada tangki K4 digabungkan juga berada di bawah hadnya, menurut Park. Tangki-tangki itu menyimpan air yang dirawat melalui ALPS.
Tritium, yang berlaku secara semula jadi tetapi juga boleh dihasilkan sebagai hasil sampingan reaktor nuklear, dianggap tidak stabil dan radioaktif. Ia diketahui meningkatkan risiko kanser jika diambil dalam kuantiti yang sangat banyak.
Park juga menyatakan tahap sinaran yang dijalankan oleh TEPCO berada dalam had yang dibenarkan, menunjukkan bahawa air laut sedang dicairkan dengan betul.
Beliau menyebut bahawa tiga pegawai Korea Selatan telah berlepas ke Jepun untuk melawat pejabat lapangan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang terletak di Fukushima.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada langkah susulan selepas Presiden Yoon Suk Yeol meminta Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida untuk memasukkan pakar Korea Selatan dalam memantau pelepasan air Fukushima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelepasan air tercemar
#Fukushima
#Jepun
#Korea Selatan
#tritium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan