awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Perancangan Allah luar biasa, selamat datang #ajz' - Shuib, Watie timang anak sulung perempuan
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet baharu Perancis bincang isu belanjawan dalam mesyuarat pertama

Bernama
Bernama
14/10/2025
04:00 MYT
Kabinet baharu Perancis bincang isu belanjawan dalam mesyuarat pertama
Parti pembangkang berhaluan kiri dan kanan mengemukakan usul tidak percaya terhadap Lecornu, yang dijangka diundi di Dewan Negara pada Rabu. - Foto AP
PARIS: Kerajaan baharu Perancis dijadual mengadakan mesyuarat Kabinet pertamanya pada Selasa dengan tumpuan utama untuk memulakan proses kelulusan belanjawan negara yang kini berdepan tekanan kewangan, lapor agensi berita Jerman dpa.
Masa amat kritikal kerana sekiranya tarikh akhir tidak dipenuhi, Perancis bakal berdepan situasi tanpa belanjawan yang diluluskan menjelang akhir tahun, sekali gus menambah tekanan ekonomi sedia ada.
Pada sebelah petang, Perdana Menteri Sebastien Lecornu yang dilantik semula oleh Presiden Emmanuel Macron pada Jumaat dijangka menyampaikan kenyataan kerajaan.
Parti pembangkang berhaluan kiri dan kanan mengemukakan usul tidak percaya terhadap Lecornu, yang dijangka diundi di Dewan Negara pada Rabu.
Arah dan isi kenyataan kerajaan Lecornu juga dijangka menjadi penentu sama ada pihak pembangkang akan berjaya dalam usul itu dan menjatuhkan kerajaan hanya beberapa hari selepas ia dibentuk semula.
Parti Sosialis khususnya menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan baharu itu bergantung kepada sama ada perdana menteri yang dilantik semula itu sanggup membuat perubahan dasar yang ketara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kabinet Baharu
#Belanjawan
#Sebastien Lecornu
#Emmanuel Macron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan