awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zahid hargai jasa Karam Singh angkat isu alam sekitar
Microsoft sifatkan Copilot sebagai alat hiburan, bukan untuk nasihat penting
TKP Jabatan Alam Sekitar didakwa sekali lagi terima RM9,110 baiki rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet kerajaan sementara Mesir angkat sumpah

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2013
03:15 MYT
Kabinet kerajaan sementara Mesir angkat sumpah
Beberapa jam selepas insiden berdarah dimana hampir 300 dilaporkan cedera, kabinet Kerajaan Sementara Mesir yang dipimpin Perdana Menteri Hazem El Beblawi mengangkat sumpah. Ia menyaksikan tiada wakil daripada parti Islam dilantik menganggotai 33 jemaah kabinetnya. Selain pelantikan tiga anggota wanita dan wakil penganut Kristian, ia turut mengekalkan portfolio mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan bekas Presiden Mohamed Morsi. Ketua Tentera Jeneral Abdel Fatteh El-Sisi yang bertanggungjawab menggulingkan kepimpinan sebelum ini, mengekalkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan selain dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama. Begitu juga dengan Mohamed Ibrahim yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri turut memegang portfolio yang sama. Kabinet baru Mesir menyaksikan bekas duta Mesir ke Amerika Syarikat Nabil Fahmi menyandang jawatan Menteri Luar. Sekurang-kurangnya tiga wakil daripada ‘National Salvation Front’, pembangkang utama yang bertanggungjawab menyingkirkan Morsi dilantik sebagai menteri.
Topic Berkaitan
#kabinet Kerajaan Sementara
#mengangkat sumpah
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan