awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kekurangan zat makanan di Gaza capai tahap membimbangkan - WHO

Bernama
Bernama
28/07/2025
14:00 MYT
Kadar kekurangan zat makanan di Gaza capai tahap membimbangkan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa kadar kekurangan zat makanan di Gaza telah mencapai tahap yang membimbangkan. - Gambar fail/AP
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa kadar kekurangan zat makanan di Gaza telah mencapai tahap yang membimbangkan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, pertubuhan itu menyatakan bahawa kekurangan zat makanan di Gaza berada pada trajektori yang sangat berbahaya, sebagaimana dibuktikan menerusi peningkatan mendadak jumlah kematian bulan ini.
WHO memaklumkan bahawa kebanyakan kematian akibat kekurangan zat makanan berlaku sebelum atau sejurus tiba di hospital, dengan mayat mangsa berada dalam keadaan amat kurus kering.
Pertubuhan itu mengesahkan bahawa sekatan yang disengajakan ke atas Gaza dan kelewatan penghantaran bantuan telah menyebabkan banyak kematian, sambil menyatakan bahawa hampir satu daripada lima kanak-kanak bawah umur lima tahun di Bandar Gaza mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#kekurangan zat makanan di Gaza
#tahan membimbangkan
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan