awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus

Bernama
Bernama
08/09/2023
01:45 MYT
Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus
KLM sebelum ini menawarkan kenaikan gaji sembilan peratus dalam tempoh dua tahun, dengan kemungkinan pelarasan inflasi sehingga dua peratus menjelang 1 Jan 2025. - Gambar fail/KLM Royal Dutch Airlines
THE HAGUE (Belanda): Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines mengancam akan melancarkan mogok jika syarikat penerbangan itu tidak bertindak balas terhadap tuntutan kesatuan supaya gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus, lapor Sputnik, memetik Persekutuan Kesatuan Sekerja Belanda (FNV) pada Khamis.
"FNV menuntut gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus bagi mengimbangi inflasi pada 2023 dan indeks gaji automatik pada 2024.
"Ultimatum FNV dihantar kepada KLM tamat pada Khamis, 14 September. Jika pihak pengurusan tidak melakukan sebarang tindakan pada tempoh itu, mogok akan berlaku," menurut FNV dalam satu kenyataan.
KLM sebelum ini menawarkan kenaikan gaji sebanyak sembilan peratus dalam tempoh dua tahun, dengan kemungkinan pelarasan inflasi sehingga dua peratus menjelang 1 Januari 2025.
Bagaimanapun, FNV memaklumkan perjanjian buruh kolektif yang ditawarkan KLM kepada kakitangan adalah "tidak mencukupi" kerana pekerja terus menghadapi persekitaran kerja yang semakin mencabar.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLM Royal Dutch Airlines
#mogok
#gaji
#kesatuan sekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan