awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada bentang belanjawan kurangkan kebergantungan kepada AS

Bernama
Bernama
05/11/2025
09:15 MYT
Kanada bentang belanjawan kurangkan kebergantungan kepada AS
Belanjawan bertema "Canada Strong" itu yang pertama sejak Perdana Menteri Mark Carney memegang jawatan, dijangka melibatkan pelaburan besar dalam bidang perumahan, infrastruktur, pertahanan, produktiviti dan daya saing. - Gambar/ AP
OTTAWA: Kerajaan persekutuan Kanada pada Selasa membentangkan belanjawan persekutuan baharu yang mencadangkan pelaburan strategik bagi memperkukuh keupayaan kendiri ekonomi negara itu serta ketahanannya dalam menghadapi ketidaktentuan global, selain mengurangkan kebergantungan terhadap Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Belanjawan bertema "Canada Strong" itu yang pertama sejak Perdana Menteri Mark Carney memegang jawatan dan dijangka melibatkan pelaburan besar dalam bidang perumahan, infrastruktur, pertahanan, produktiviti dan daya saing sepanjang lima tahun akan datang melalui perbelanjaan awam yang lebih bijak serta pelaburan modal yang kukuh dengan jumlah pelaburan keseluruhan dianggarkan mencecah C$1 trilion.
Ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan dan Hasil Negara Francois-Philippe Champagne berkata sistem perdagangan antarabangsa sedang berubah bentuk dan Kanada perlu mengambil langkah proaktif.
"Pelan kami ialah untuk mengubah ekonomi daripada bergantung kepada satu rakan dagang kepada ekonomi yang lebih kukuh dan lebih berdaya tahan terhadap kejutan global," katanya.
Mengikut jadual parlimen, undian penting berhubung belanjawan itu dijangka diadakan akhir bulan ini. Memandangkan Parti Liberal yang memerintah hanya memegang kerusi minoriti di parlimen, kelulusan belanjawan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya satu parti pembangkang utama. Undian itu dianggap sebagai usul kepercayaan, dan jika gagal diluluskan, ia boleh mencetuskan pilihan raya awal.
Parti Liberal pimpinan Carney membentuk kerajaan minoriti selepas memenangi pilihan raya persekutuan pada 28 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#tarif AS
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan