awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tiga tahun ditemui berseorangan di ladang jagung

Sinar Harian
Sinar Harian
25/04/2019
02:03 MYT
Kanak-kanak tiga tahun ditemui berseorangan di ladang jagung
Kanak-kanak tersebut dipercayai terpisah daripada keluarganya yang cuba memasuki AS secara tidak sah. - Foto Washington Post
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai terpisah daripada sekumpulan imigran ketika cuba memasuki negara itu secara tidak sah ditemui oleh agensi pengawal sempadan Amerika Syarikat (AS).
Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) berkata, kanak-kanak itu terpisah daripada sekumpulan imigran yang melarikan diri daripada ditangkap ketika cuba memasuki AS melalui sempadan Mexico berhampiran Brownsville, Texas.
"Ketika ejen kami cuba mengepung kumpulan imigran tersebut di sebuah ladang jagung, mereka segera lari bertempiaran dan kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan bersendirian," kata CBP.
Kanak-kanak yang ketakutan itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum diserahkan ke Jabatan Kesihatan dan Kebajikan untuk sementara waktu.
Usaha menjejak keluarga kanak-kanak itu masih belum berhasil walaupun nama dan nombor telefon tertulis di kasutnya.
Menurut data CBP, sejumlah 92,607 imigran ditahan pada bulan Mac, 8,975 daripada mereka adalah kanak-kanak yang tidak ditemani keluarga. - AFP
Topic Berkaitan
#Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan
#Amerika Syarikat
#imigran
#Kanak-kanak
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan