awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean

Bernama
Bernama
19/06/2023
12:22 MYT
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai. - Gambar fail
ATHENS: Sebuah kapal pengangkut menyelamatkan 68 pendatang dari sebuah bot yang mengalami kecemasan di luar pulau Kalymnos di Greece pada pagi Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Greece.
Mereka belayar dari pantai Turkiye, lapor rangkaian TV MEGA, memetik pengawal pantai.
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai dan kemudiannya belayar ke pulau Leros Laut Aegean berdekatan, lokasi kem pendaftaran untuk pelarian dan pendatang yang telah memasuki negara itu secara haram.
Penyeludup manusia kerap membawa pendatang menggunakan jalan laut berbahaya dari Turkiye dan negara Afrika Utara ke negara Kesatuan Eropah seperti Greece, Cyprus dan Itali.
Rabu lepas, kira-kira 500 orang lemas apabila bot nelayan karam di perairan antarabangsa berhampiran wilayah Peloponnese di selatan Greece.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendatang
#bot
#Laut Aegean
#Greece
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan