awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam direman lima hari bantu siasatan kes terima rasuah RM200,000

Bernama
Bernama
09/04/2026
04:18 MYT
Penjawat awam direman lima hari bantu siasatan kes terima rasuah RM200,000
Sumber memaklumkan lelaki terbabit ditahan pada 2.40 petang semalam selepas memberikan keterangan di Pejabat SPRM Perlis di Kangar. -Foto Bernama
Seorang penjawat awam di Perlis direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM200,000 berkaitan urusan mendapatkan pelbagai Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang sebuah pertubuhan beruniform sukarela pada 2024.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah reman terhadap lelaki berusia 57 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Nurul Natasha Rizal selepas permohonan reman dibuat SPRM Perlis hari ini.
Sumber itu memaklumkan lelaki terbabit ditahan pada 2.40 petang semalam selepas memberikan keterangan di Pejabat SPRM Perlis di sini.
Sumber tersebut memberitahu lelaki terbabit disyaki menerima wang berkenaan pada 2024 ketika dia menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya pertubuhan itu di Perlis sebagai balasan untuk beberapa individu mendapatkan bintang dan pingat pertubuhan berkenaan.
"Jumlah keseluruhan individu yang terlibat memberikan wang kepada lelaki tersebut untuk dapatkan pingat dan bintang berkenaan masih dalam siasatan pihak SPRM," kata sumber tersebut hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#Perlis
#penjawat awam
#Majistret Kangar
#Nurul Natasha Rizal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan