awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal tangki Iran terbakar selepas berlanggar dengan kapal China, 32 hilang

Agensi
Agensi
07/01/2018
22:20 MYT
Kapal tangki Iran terbakar selepas berlanggar dengan kapal China, 32 hilang
Asap hitam memenuhi kawasan perairan di China apabila kapal tangki milik Iran, Sachi terbakar selepas berlanggar dengan kapal pengangkut pukal China menyebabkan 32 kru hilang. - Gambar Reuters
Lebih 32 anak kapal hilang selepas kapal tangki bertembung dengan sebuah kapal pengangkut pukal di luar pantai di Timur China pada Ahad.
Kapal tangki Sachi milik Iran yang membawa minyak didaftarkan di Panama itu dipercayai berlanggar dengan kapal tersebut sebaik tiba di laluan berkenaan.
Pelanggaran itu menyebabkan kapal tangki tersebut terbakar dan menumpahkan sejumlah besar minyak.
Pihak berkuasa maritim China telah menghantar bantuan pasukan mencari dan menyelamat termasuk menggunakan pesawat udara.
Kerja-kerja pemadaman dan pembersihan juga sedang giat dijalankan.
30 daripada krew yang hilang itu dipercayai warga Iran manakala dua daripadanya merupakan warga Bangladesh.
Kapal Sachi itu berlayar dari Iran ke Korea Selatan apabila ia bertembung dengan kapal CF Crystal yang didaftarkan di Hong Kong ketika memasuki laluan 257 kilometer (160 batu) dari pantai Shanghai.
Bagaimanapun semua krew Crystal Berjaya diselamatkan.
Sachi dipercayai membawa 136,000 metrik tan kondesar iaitu sejenis minyak Ultra-Ringan ketika kemalangan itu berlaku.
Setakat ini punca kejadian masih belum diketahui.
Topic Berkaitan
#anak
#Bangladesh
#China
#hilang
#Hong Kong
#Iran
#kapal tangki
#kemalangan
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#minyak
#pesawat
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan