awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keamanan dan kestabilan aspirasi bersama masyarakat dunia - Wang Yi

Bernama
Bernama
02/05/2025
13:30 MYT
Keamanan dan kestabilan aspirasi bersama masyarakat dunia - Wang Yi
Wang berkata: "Membiarkan penularan unilateralisme atau mempertahankan multilateralisme? Negara-negara BRICS perlu memberikan jawapan yang jelas." - Gambar Reuters
BRASILIA: Menteri Luar China Wang Yi berkata keamanan dan kestabilan tetap merupakan aspirasi bersama masyarakat antarabangsa, manakala kolaborasi Selatan Global adalah hala tuju perkembangan sejarah, tidak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah.
Wang Yi, yang juga Ahli Biro Politik dan Ketua Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Penasihat Keselamatan dan Wakil Kanan bagi Urusan Keselamatan Nasional BRICS Ke-15, yang diadakan di sini, pada Rabu waktu tempatan.
Wang berkata: "Membiarkan penularan unilateralisme atau mempertahankan multilateralisme? Negara-negara BRICS perlu memberikan jawapan yang jelas."
Beliau berkata BRICS perlu dengan tegas mempertahankan hak untuk membangun, tidak boleh membiarkan hak dan kepentingan diri yang sah diceroboh atau dirampas. Organisasi ini perlu bersatu padu untuk menghalang tindakan penindasan, serta mempertahankan hak dan ruang untuk membangun bagi negara-negara membangun.
Di samping itu menurut Wang, BRICS perlu secara proaktif membimbing kolaborasi dan kerjasama, serta mempertahankan multilateralisme.
Beliau menegaskan BRICS hendaklah mengangkat multilateralisme, memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memelihara mekanisme perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia( WTO), untuk mendorong suatu orde antarabangsa yang lebih adil dan rasional.
--BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#BRICS
#unilateralisme
#multiralisme
#orde antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan