awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan, Gabenor California isytihar darurat di Mariposa

Bernama
Bernama
24/07/2022
13:30 MYT
Kebakaran hutan, Gabenor California isytihar darurat di Mariposa
Gabenor Gavin Newsom hari ini mengisytiharkan darurat di Mariposa County akibat kejadian Oak Fire. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Gabenor California Gavin Newsom mengisytiharkan darurat di Mariposa County susulan kebakaran besar sehingga mengakibatkan ribuan penduduk di kawasan Taman Negara Yosemite terpaksa berpindah.
"Gabenor Gavin Newsom hari ini mengisytiharkan darurat di Mariposa County akibat kejadian Oak Fire yang telah memusnahkan rumah, menjejaskan infrastruktur penting dan lebih 3,000 penduduk terpaksa dipindahkan," menurut pejabat gabenor dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut kemas kini terbaharu Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Oak Fire telah memusnahkan 11,900 ekar tanah sejak petang Jumaat dan situasi gagal dibendung. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Menurut laporan media tempatan, beratus-ratus perniagaan dan kediaman turut mengalami gangguan bekalan elektrik akibat kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#California
#kebakaran hutan
#Mariposa County
#Oak Fire
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan