awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran tapak pelupusan sampah di Bandung masih belum terpadam

Agensi
Agensi
24/08/2023
12:39 MYT
Kebakaran tapak pelupusan sampah di Bandung masih belum terpadam
Selepas sebahagian besar kawasan hangus, masih ada api di dalam bukit, itu yang menyebabkan kebakaran masih berlaku sejak Ahad (20 Ogos). - Foto/Raisan Al Farisi/ via REUTERS
BANDUNG: Kebakaran yang melanda tapak pelupusan sampah di Sarimukti, Cipatat, daerah Bandung Barat sejak Sabtu lalu dilaporkan masih belum dapat dipadam sepenuhnya.
Memetik laporan Reuters, kebakaran berpunca daripada api puntung rokok yang terbuang seterusnya merebak cepat berikutan musim angin kering berpanjangan.
Ia sekali gus membuatkan api terus marak di tapak seluas 25 hektar itu.
Lebih membimbangkan, asap turut tersebar ke kawasan perumahan berhampiran.
Ketua Agensi Alam Sekitar Jawa Barat, Prima Mayaningtyas memaklumkan meskipun bukit bukau yang mencecah ketinggian sehingga 50 meter tinggi yang mana bahagian atasnya kelihatan terbakar tidak bermakna bahagian dalam bukit itu tidak terkesan.
"Selepas semua hangus, masih ada api di dalam bukit, itu yang menyebabkan kebakaran masih berlaku sejak Ahad (20 Ogos).
"Jadi Sabtu (19 Ogos) kita padamkan, dan kembali terbakar pada hari Isnin (21 Ogos) sehingga hari ini dan telah merebak ke zon Dua, jadi pergerakan udara kita terhalang. Saya melihat lori sampah beratur untuk beberapa kilometer di luar," katanya.
Dalam pada itu, kerajaan tempatan Bandung Barat mengisytiharkan status kecemasan pada hari Rabu selepas ramai penduduk dilaporkan berdepan masalah pernafasan dan sakit mata.
Pada masa sama, pelajar di sekolah berhampiran juga terpaksa mengikut pembelajaran dalam talian untuk perlindungan kesihatan.
Tapak pelupusan sampah Sarimukti, yang terletak di daerah Bandung Barat merupakan pusat pelupusan termasuk untuk bandar Bandung yang menghasilkan 1500 tan sampah setiap hari.
Topic Berkaitan
#tapak pelupusan sampah
#Bandung Barat
#kebakaran
#Prima Mayaningtyas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan