awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Besar M'sia sedia bantu rakyat di Jakarta

Bernama
Bernama
17/01/2013
11:57 MYT
Kedutaan Besar M'sia sedia bantu rakyat di Jakarta
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menyiapkan pelan kontingensi bagi membantu memindahkan rakyat Malaysia yang tinggal di Jakarta jika keadaan banjir di ibu negara Indonesia ini bertambah buruk.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata para pegawai kedutaan besar sentiasa menghubungi rakyat Malaysia di beberapa kawasan di Jakarta untuk memastikan keadaan mereka selamat.
"Alhamdulillah pada masa ini belum ada rakyat Malaysia yang terperangkap dalam banjir," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.
Syed Munshe Afdzaruddin berkata Kedutaan Besar Malaysia akan menyediakan tempat tinggal sementara jika ada rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia terpaksa berpindah disebabkan kediaman mereka dinaiki air di paras bahaya.
Katanya Kedutaan Besar telahpun membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan banjir di Jakarta dan bilik gerakan itu boleh dihubungi di nombor telefon +62215224947.
Banjir yang melanda kebanyakan kawasan di ibuk ota ini sejak pagi ini telah melumpuhkan aktiviti harian warga kota kerana beberapa kawasan di pusat bandar dinaiki air sehingga satu meter sementara kebanyakan jalan menuju ke pusat bandar turut digenangi air.
Kerajaan Pentadbiran Ibukota Jakarta telah mengistiharkan Darurat Banjir untuk kawasan Jakarta mulai hari ini hingga 27 Jan.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono turut menaiki bot meninjau keadaan banjir di Jakarta dan mengarahkan pihak polis memantau keselamatan rumah penduduk yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Sejak dua hari lalu, hampir 10,000 penduduk, khususnya yang tinggal berhampiran Sungai Ciliwung serta beberapa batang sungai lain, telah dipindahkan apabila kawasan penempatan mereka dinaiki air sehingga tiga meter akibat air sungai melimpah berikutan hujan lebat dan sederhana lebat berterusan di ibu negara ini.
Topic Berkaitan
#banjir
#Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan