awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan di Bangkok edar pek 'Deepavali Delight' kepada rakyat Malaysia

Bernama
Bernama
01/11/2021
01:10 MYT
Kedutaan di Bangkok edar pek 'Deepavali Delight' kepada rakyat Malaysia
Kaunselor Kedutaan Malaysia di Bangkok Mimi Kaur Ramday (kiri) menyerahkan pek 'Deepavali Delight' kepada rakyat Malaysia yang menetap di Bangkok, 31 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
BANGKOK: Bagi menyemarakkan semangat "Keluarga Malaysia" dan memeriahkan lagi perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 4 Nov, Kedutaan Malaysia di Bangkok pada Ahad mengedarkan kira-kira 100 set pek "Deepevali Delight" kepada rakyat Malaysia yang bermastautin di bandar raya ini.
Pek "Deepevali Delight" itu mengandungi makanan seperti muruku, tart nanas, kekacang, kuih kapit dan kerepek ubi.
Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata ia merupakan inisiatif pihak kedutaan untuk menambah lagi keceriaan Deepavali walaupun sambutannya dalam skala kecil.
"Maklum balas yang diterima dalam kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Bangkok agak positif bukan sahaja daripada masyarakat India Malaysia tetapi juga dari kaum lain.
"Mereka berterima kasih dan menghargai inisiatif kedutaan untuk memeriahkan perayaan Deepavali walaupun ia disambut dalam skala kecil," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Jojie menyerahkan pek "Deepavali Delight" kepada warga Malaysia di kedutaan pada Ahad.
Penuntut Malaysia yang menetap di Bangkok, Douglas Labadin teruja menerima pek berkenaan.
"Ia mengingatkan saya apabila semua orang berkumpul sambil menikmati makanan ringan dan manisan semasa menyambut Deepavali di rumah," kata pelajar Universiti Chulalongkorn berusia 26 tahun itu.
Sementara itu, seorang pekerja syarikat swasta, Amirul Ikhsan Burhannudin mengucapkan terima kasih kepada pihak kedutaan kerana berkongsi pek "Deepavali Delight" dengan rakyat Malaysia yang tidak boleh pulang ke tanah air kerana sekatan perjalanan.
"Perjalanan balik ke tanah air agak rumit sekarang kerana COVID-19, jadi saya gembira kerana kami dapat menikmati snek Deepavali di sini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jojie samuel
#warga Malaysia
#Bangkok
#Deepavali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan