awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu

Agensi
Agensi
09/02/2026
23:30 MYT
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Sebastien Lai, anak kepada Jimmy Lai diwawancara oleh wartawan Associated Press di London, pada Isnin. - Gambar AP
WASHINGTON: Anak-anak kepada tokoh media Hong Kong, Jimmy Lai, merayu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta pemimpin dunia lain supaya mendesak Beijing membebaskan bapa mereka, yang kini berusia 78 tahun dan mengalami kemerosotan tahap kesihatan.
Rayuan itu dibuat selepas mahkamah di Hong Kong pada Isnin menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara terhadap Lai selepas didapati bersalah di bawah undang-undang keselamatan negara yang digubal Beijing - undang-undang yang dikritik kerana mengekang suara pembangkang di wilayah itu.
Menurut anaknya, Sebastien Lai, Trump sebelum ini menyatakan beliau mengambil berat tentang kes tersebut, sambil menyifatkan kemungkinan lawatan Presiden AS ke Beijing pada April sebagai “sangat penting” dalam usaha membebaskan ayahnya.
Sebastien turut menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan fizikal bapanya.
Katanya, Jimmy Lai kini semakin uzur selepas lebih lima tahun ditahan dan melalui proses perbicaraan yang berlarutan.
Hukuman terbaharu itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan hubungan AS-China pada ketika kedua-dua negara dijangka meneruskan rundingan mengenai isu perdagangan, sekatan eksport serta penjualan senjata AS kepada Taiwan.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio menyifatkan hukuman 20 tahun ke atas Lai sebagai “tidak adil dan tragis” sambil menggesa Beijing memberi parol atas faktor kemanusiaan.
Trump pula sebelum ini pernah meminta Presiden China, Xi Jinping mempertimbangkan pembebasan Lai yang juga pengasas akhbar Apple Daily - penerbitan yang terkenal dengan laporan kritikal terhadap kerajaan Hong Kong dan Beijing sebelum ia ditutup.
Di United Kingdom, Perdana Menteri, Keir Starmer dilaporkan telah membangkitkan isu Jimmy Lai secara langsung kepada Xi dalam kunjungan beliau ke China bulan lalu.
Sebastien bagaimanapun tetap menaruh harapan bahawa tekanan antarabangsa dapat menyelamatkan nyawa bapanya.
Katanya, hukuman 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 78 tahun pada dasarnya “sama seperti hukuman seumur hidup”, apatah lagi dengan keadaan kesihatan yang semakin merosot. - Agensi
Topic Berkaitan
#taikun media
#Hong Kong
#Jimmy Lai
#penjara 20 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan